Kalau uolz tak tahu nak masak apa boleh la ikot resepi yang Che Non sertakan dibawah ini..
Che Non pernah mencubanya DISINI. Apa uolz tenungkan lagi?? Salin resepi ini & mulakan aktiviti dapur anda dengan segera... Selamat Mencuba!! ^_^
DAGING DENDENG BERLADO
By : Chef Wan
Daging Dendeng paha sebelah atas 500g
(1 paun 1½ auns), didadu besar
Kicap pekat manis 4 sudu besar (Che Non ganti dengan Sos Tiram)
Minyak masak untuk menggoreng terendam
Daun limau purut 3 helai, disiat
Garam secukup rasa
Cuka 3 sudu besar
Pes Rempah
Cili merah 8 tangkai, dibuang biji dan dihiris halus
Bawang putih 3 ulas, dikupas dan dihiris halus
Bawang merah 6 ulas, dikupas dan dihiris halus
- Masukkan daging ke dalam periuk berisi air dan didihkan sehingga daging empuk. Apabila daging telah sejuk, hiriskan nipis dan tumbuk.
- Perapkan daging dengan kicap pekat manis selama beberapa minit. Sementara itu, masukkan bahan-bahan untuk pes rempah ke dalam mesin pengisar dan kisar sehingga halus.
- Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng terendam hirisan daging sehingga garing. Tuskan dan ketepikan.
- Tinggalkan 2 sudu besar minyak di dalam kuali dan goreng bahan-bahan pes rempah sehingga wangi. Masukkan daging dan kacau. Tambah daun limau purut, garam, gula & cuka.
- Goreng kacau selama beberapa minit lagi. Angkat dan hiaskan. Hidangkan panas bersama nasi.
No comments:
Post a Comment