Saturday, January 28, 2012

Resipi : Daging Dendeng Berlado

Hai uolz! Sehat?? Hari ni nak lunch or dinner ape ye agak-agak?? 
Kalau uolz tak tahu nak masak apa boleh la ikot resepi yang Che Non sertakan dibawah ini.. 
Che Non pernah mencubanya DISINI. Apa uolz tenungkan lagi?? Salin resepi ini & mulakan aktiviti dapur anda dengan segera... Selamat Mencuba!! ^_^




DAGING DENDENG BERLADO
By : Chef Wan
Rujukan : Selera Chef Wan


Daging Dendeng paha sebelah atas 500g
  (1 paun 1½ auns), didadu besar
Kicap pekat manis 4 sudu besar (Che Non ganti dengan Sos Tiram)
Minyak masak untuk menggoreng terendam
Daun limau purut 3 helai, disiat
Garam secukup rasa
Cuka 3 sudu besar

Pes Rempah

Cili merah 8 tangkai, dibuang biji dan dihiris halus
Bawang putih 3 ulas, dikupas dan dihiris halus
Bawang merah 6 ulas, dikupas dan dihiris halus


  • Masukkan daging ke dalam periuk berisi air dan didihkan sehingga daging empuk. Apabila daging telah sejuk, hiriskan nipis dan tumbuk.
  • Perapkan daging dengan kicap pekat manis selama beberapa minit. Sementara itu, masukkan bahan-bahan untuk pes rempah ke dalam mesin pengisar dan kisar sehingga halus.
  • Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng terendam hirisan daging sehingga garing. Tuskan dan ketepikan.
  • Tinggalkan 2 sudu besar minyak di dalam kuali dan goreng bahan-bahan pes rempah sehingga wangi. Masukkan daging dan kacau. Tambah daun limau purut, garam, gula & cuka.
  • Goreng kacau selama beberapa minit lagi. Angkat dan hiaskan. Hidangkan panas bersama nasi.

Saturday, January 21, 2012

2D1N - Jay Bee (21/1/12-22/1/12)

Che Non ade tetamu la.... 1st time dia datang Jay Bee jumpa family Che Non.. mai kite tgk ape Che Non sediakan untuk tetamu tersebut :-

Asam Pedas + Ikan Bakar + Kangkung Belacan
Udang Masak Sambal Petai
Daging Dendeng Berlada

MENARIK TAK?? MENARIK TAK??? sure uolz terus lapar kan?? Tetamu Che Non makan siap bertambah tau!! Che Non baru belajar masak Dendeng tue.. nanti Che Non attachkan sekali resepi ini ye..

Sunday, January 1, 2012

Two Zero One Two!!

Year 2011… thanks for all the lessons…

2012…

Bismillahirrahmanirrahim…

Syukur ke hadrat Illahi kerana masih bernafas.. bersyukurlah kite kerana dikurniakan nyawa untuk meneruskan kehidupan dan melakukan amal kebajikan… ;)

Biasanya masuk tahun baru kena ada azam baru.. bagi Che Non tidak perlu tahun baru utk merealisasikan azam baru.. setiap hari yang mendatang kite boleh terapkan perkara yang baik.. kenapa harus tunggu tahun baru, ambil masa yang lama jika yang baik itu ingin dilakukan???

So, rancanglah kehidupan anda di hari-hari yang mendatang dengan baik.. tidak ada manusia yang hidup untuk gagal, tetapi tidak merancang adalah merancang untuk gagal… New day is new opportunities. If today is not your day, don’t worry. Tomorrow will be better. Keep hope alive! BERUSAHA… Berusahalah membina masa depan yang Gemilang, Cermerlang dan Terbilang.. ekekeke :p CHAIYOKK!! ^_^