Saturday, October 8, 2011

GeTaR HaTi


Saat pertama aku mengenal dirimu
Berdetar jiwa ragaku kau mempersoraku
Tanpamu aku lemah
Kau berikan kucahaya
Terangi gelap hidupku
Kululuh padamu

Dengar hatiku
Kan ku bisikan cintaku
Lihat jiwaku
Kan kau dapatkan setia ku
Ingat diriku kau kan rasakan rinduku
Untuk dirimu kan ku berikan hidupku.. <3

Two is better than One



Meeting you was destiny,
becoming your friend was a choice,
but falling in love with you was beyond my control.

Sunday, September 18, 2011

Erti Setia Dalam Cinta...

Ramai insan yang masih lagi tidak faham akan apakah erti kesetiaan dalam sebuah perhubungan. Ramai yang bertanya mengapa kita perlu setia, sedangkan belum tentu kekasih kita itu menjadi pasangan hidup kita?

Disebabkan persoalan inilah kecurangan sering berlaku dimasa kini, sehingga ramai antara insan di muka bumi ini dilanda kekecewaan dan ada yang menyedihkan sehingga sanggup membunuh diri apabila ditinggalkan kekasih.

Kesetiaan dalam perhubungan adalah sangat penting, ini adalah kerana kita telah mengambil amanat dan tanggungjwab daripada pasangan kita itu untuk menjadikan dirinya hanya satu dihati kita sewaktu kita mengambilnya sebagai kekasih.

******************
Alangkah sedihnya apabila tanggugjawab atau amanat yang seharusnya kita jaga itu, tidak kita tunaikannya? Tidakkah ia sama dengan penipuan? Jangan taburkan janji jika kita tidak mampu untuk tepati dan jangan mengata cinta kalau kita tidak mampu untuk memberikannya sepenuh hati…
******************

Ingatlah bahawa, hidup kita seperti roda, tidak semestinya kita sentiasa berada di atas. Jika kita permainkan hati insan lain, suatu masa kita juga akan dipermainkan.. Dan pada waktu itu, penyesalan tiada gunanya.. Setiap apa yg kita lakukan pasti ada balasanya, hanya masa yang dapat menentukan..

***************************
Untuk insan yang menjaga kesetiaan terhadap pasangan, anda adalah yang terbaik. Jadilah insan yang boleh membahagaian pasangan kita tanpa rasa jemu. Jika anda dicurangi, janganlah bersedih ataupun berdendam, tetaplah menjadi yang terbaik. Kerana anda mempunyai maruah diri, jangan samakan diri anda dengan insan yang tidak setia.
***************************

Anda telah melakukan yang terbaik untuk pasangan anda dengan menjaga keperibadian diri dengan sebaiknya. Mereka tidak pandai menjaga harga diri mereka. Suatu hari nanti mereka akan menyesal dan akan menyedari akan kebaikan yang anda lakukan…

Penting untuk kita ketahui sama ada pasangan kita jujur, ikhlas atau setia dengan kita tapi.. yang penting Allah tahu kita bagaimana, dan Allah tidak akan mensia-siakan apa yang kita lakukan… Tawakal dan Redhalah.
P/S:-
SEMASA BERCINTA :
1. Saat cinta itu bertaut memang mengasyikkan.. tapi jangan leka dan terbuai dengan perasaan itu..kerna bila kecewa parah jadinya..simpan sedikit untuk meniti hari-hari yang hambar..agar lukanya tidak terlampau dalam.

2. Cintailah sesuatu itu sekadar saja, berkemungkinan ia akan menjadi kebencianmu pada suatu ketika, bencilah yang engkau benci itu sekadar saja, berkemungkinan ia akan menjadi kecintaanmu pada satu ketika.

SEBELUM BERPISAH :
1. Jika mengail ikan, janganlah dilepaskan ikan tersebut kerana sepanjang hidupnya akan merana kerana bisa kail anda.

2. Mencintai orang yang tidak cintai kita itu sia-sia, mensia-siakan orang yang mencintai kita adalah bahaya

SELEPAS BERPISAH :
1. Tuhan kadang-kadang jauhkan seseorang dari hidup kita atas sebab untuk melindungi kita..Oleh itu, berhentilah mengejarnya..Mungkin ada yang lebih baik yang telah diciptakan untuk kita.

2. …Dengan memaafkan dan melupakan kisah silam itu, aku dapat mengecapi kebahagiaan yg selama ini aku lari darinya…

***
Pesan pada DIRI.. Jangan tersalah memberi HATI pada insan yang tak sudi..

Pada insan yang tak mengerti.. Kerana,sekali kau memberi, selamanya dia di HATI.. Kerana,sekali kau dilukai, sampai bila-bila tetap kau ingati..

Pesan lagi pada diri, hati-hatilah dalam memberi HATI sebab ia hanya untuk insan yang tahu menghargai betapa tingginya nilai sekeping HATI.
***

(Sumber: PDH)

Saturday, September 17, 2011

Hidupan Perlukan Kesetiaan...

Setiap yang ditiup roh padanya dan punya nyawa itu adalah hidupan. Hidupan perlukan kesetiaan?Bukan makanan asas atau perlindungan sahaja?

Untuk hidup beerti dan punya rasa cinta yang hakiki, kesetiaan adalah pra syarat menjamin kebahagiaan supaya tidak ada yang terbunuh dengan kekecewaan.

Belajarlah dari bunga, hidupan mekar ini juga perlukan kesetiaan. Inikan pula manusia, semoga jiwa terdidik untuk setia bukan curiga pada perasaan sendiri hingga melahirkan kekeliruan menyentak jiwa.

Berhati-hatilah, dengan melakukan pengkhianatan dan curang dengan perbuatan dan perasaan pada pasangan akan membunuh satu jiwa yang lain. Bayangkan jika jiwa itu adalah adik perempuan kita atau saudara terdekat kita.Layakkah kita marah dan benci kepada pengkhianat cinta itu?Belajar dari bunga.

**********************************
Cerita tentang bunga…

Bila bunga yang layu disiram, mungkin bunga itu akan kembali kembang.

Cuma jangan lupa, air siraman itu juga mungkin bisa menyebabkan bunga terus rebah mencium pasu kacanya.

Kemungkinan selalu ada.

Cuma kadang-kadang bunga layu bukan perlukan sekadar air. Ia perlukan cahaya.

Bila disiram dalam gelap, itu bukan jaminan untuk kencangkan nafasnya.Kadang-kadang ia perlukan juga sebuah jiwa jujur yang menyiram dengan kasih sayang, yang betul-betul mahu dia hidup tegak semula.
**********************************

Bunga juga tahu tentang setia.Siapa yang selalu datang kerana keperluan, siapa yang cuma datang memuaskan keinginan.
Maka, janganlah dibenci dan marah akan pengkhinat cinta itu. Kerna mereka ini mungkin mencari sesuatu yang lain dari apa yang kita berikan.

Sepertinya bunga yang tidak semestinya perlukan air sahaja, tapi juga perlukan cahaya dan juga air tetapi air yang disiram dengan penuh kesetiaan dan keikhlasan bukan keterpaksaan dan kekeliruan.

Yang pasti, pemberi air dan cahaya itu tetap SETIA dengan Maha Pemurahnya. Bukankah ALLAH yang memberi air dan cahaya?Belajarlah CINTA TUHAN untuk kenal CINTA KESETIAAN.

P/S:
Yang patah tumbuh hilang berganti,
Risau dikhianati lagi…?
Percayalah pada janji,
yang mana ALLAH akan beri pasangan yang seerti,
untuk kita lebih mengerti apa dialami sebelum ini,fahami dan syukuri apa yang terjadi.

(Sumber: PDH)

Wednesday, August 24, 2011

10 Tips Wanita Sentiasa Tampil CANTIK...

Che Non rasa kite boleh amalkan dengan tips-tips yang diberikan ini:-
  1. Untuk membentuk bibir yang menawan, ucapkan kata-kata kebaikan.
  2. Untuk mendapatkan mata yang indah, carilah kebaikan pada setiap orang yang anda jumpai.
  3. Untuk mendapatkan bentuk badan yang langsing, berbagilah makanan dengan mereka yang kelaparan.
  4. Untuk mendapatkan rambut yang indah, mintalah seorang anak kecil untuk menyisirnya dengan jemarinya setiap hari.
  5. Untuk mendapatkan sikap tubuh yang indah, berjalanlah dengan segala ilmu pengetahuan, dan anda tidak akan pernah berjalan sendirian. Manusia, jauh melebihi segala ciptaan lain, perlu senantiasa berubah, diperbaharui, dibentuk kembali, dan diampuni.
  6. Jadi, jangan pernah kecilkan seseorang dari hati anda apabila anda sudah melakukan semuanya itu, ingatlah senantiasa, jika suatu ketika anda memerlukan pertolongan, akan senantiasa ada tangan terulur.
  7. Dan dengan bertambahnya usia anda, anda akan semakin mensyukuri telah diberi dua tangan, satu untuk menolong diri anda sendiri, dan satu lagi untuk menolong orang lain.
  8. Kecantikan wanita bukan terletak pada pakaian yang dikenakannya, bukan pada bentuk tubuhnya, atau cara dia menyisir rambutnya.
  9. Kecantikan wanita terdapat pada matanya, cara dia memandang dunia. Kerana di matanyalah terletak gerbang menuju ke setiap hati manusia, di mana cinta dapat berkembang.
  10. Kecantikan wanita, bukan pada kehalusan wajahnya, tetapi kecantikan yang murni, terpancar pada jiwanya, yang dengan penuh kasih memberikan perhatian dan cinta yang dia berikan dan kecantikan itu akan tumbuh sepanjang waktu.
(Sumber: PDH)

SELAMAT MENCUBA!

Friday, August 19, 2011

DOA KETIKA JATUH CINTA...

Allahu Rabbi, aku minta izin
Ketika suatu saat nanti aku jatuh cinta
Jangan biarkan cinta untuk-Mu berkurang
Hingga membuat lalai akan adanya engkau

Allahu Rabbi, aku punya pinta
Ketika suatu saat nanti aku jatuh cinta
Penuhilah hatiku dengan bilangan cinta-Mu yang tak terbatas
Biar rasaku pada-Mu tetap utuh

Allahu Rabbi, izinkanlah
Ketika suatu saat nanti aku jatuh cinta
Pilihkan untukku seseorang yang hatinya penuh dengan cinta-Mu
Dan membuatku semakin mengagumimu

Allahu Rabbi
Ketika suatu saat nanti aku jatuh cinta
Pertemukanlah kami
Berilah kami kesempatan untuk lebih mendekati cinta-Mu

Allahu Rabbi, pintaku yang terakhir
Ketika suatu saat nanti aku jatuh cinta
Jangan pernah Kau palingkan wajah-Mu dariku
Anugerahkanlah aku cinta-Mu
Cinta yang tak pernah pupus oleh waktu

Amiiinnn

Thursday, August 18, 2011

Surat HAWA Untuk ADAM...

Che Non tertarik dengan kata2 di surat ini.. mari kite menghayatinya...zassss~

Ohh Adam

Adam….. Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu. Sesungguhnya aku adalah Hawa, temanmu yang kau pinta semasa kesunyian di syurga dahulu.

Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok. Jadi tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan darimu, sentiasa mau terpesong dari landasan, kerana aku buruan syaitan.

Adam… Maha suci Allah yang mentakdirkan kaumku lebih ramai bilangannya dari kaummu dia akhir zaman, itulah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusanNya Jika bilangan kaummu mengatasai kaumku nescaya merahlah dunia kerana darah manusia, kacau-bilaulah suasana, Adam sama Adam bermusuhan kerana Hawa.

Buktinya cukup nyata dari peristiwa Habil dan Qabil sehinggalah pada zaman cucu-cicitnya. Pun jika begitu maka tidak selaraslah undang-undang Allah yang mengharuskan Adam beristeri lebih dari satu tapi tidak lebih dari empat pada satu waktu.

Adam… Bukan kerana ramainya isterimu yang membimbangkan aku. Bukan kerana sedikitnya bilanganmu yang merunsingkan aku. Tapi… aku risau, gundah dan gulana menyaksikan tingkahmu. Aku sejak dulu lagi sudah tahu bahawa aku mesti tunduk ketika menjadi isterimu.

Namun… terasa berat pula untukku meyatakan isi perkara.

Adam… Aku tahu bahawa dalam Al-Quran ada ayat yang menyatakan kaum lelaki adalah menguasai terhadap kaum wanita. Kau diberi amanah untuk mendidik aku, kau diberi tanggungjawab untuk menjaga aku, memerhati dan mengawasi aku agar sentiasa didalam redha Tuhanku dan Tuhanmu.

Tapi Adam… nyata dan rata-rata apa yang sudah terjadi pada kaumku kini, aku dan kaumku telah ramai menderhakaimu. Ramai yang telah menyimpang dari jalan yang ditetapkan Asalnya Allah mengkehendaki aku tinggal tetap dirumah. Di jalan-jalan, di pasar-pasar, di bandar-bandar bukan tempatku. Jika terpaksa aku keluar dari rumah seluruh tubuhku mesti ditutup dari hujung kaki sampai hujung rambut.

Tapi.. realitinya kini, Hawa telah lebih dari sepatutnya.

Adam… Mengapa kau biarkan aku begini? Aku jadi ibu, aku jadi guru, itu sudah tentu katamu. Aku ibu dan guru kepada anak-anakmu. Tapi sekarang diwaktu yang sama, aku ke muka menguruskan hal negara, aku ke hutan memikul senjata. Padahal, kau duduk saja. Ada diantara kau yang menganggur tiada kerja. Kau perhatikan saja aku panjat tangga di pejabat bomba, kainku tinggi menyingsing peha mengamankan negara. Apakah kau sekarang tidak lagi seperti dulu? Apakah sudah hilang kasih sucimu terhadapku?

Adam… Marahkah kau jika kukatakan andainya Hawa terpesong, maka Adam yang patut tanggung! Kenapa? Mengapa begitu ADAM? Ya! Ramai orang berkata jika anak jahat emak-bapak tak pandai didik, jika murid bodoh, guru yang tidak pandai mengajar! Adam kau selalu berkata, Hawa memang degil, tak mahu dengar kata, tak mudah makan nasihat, kepala batu, pada hematku yang dhaif ini Adam, seharusnya kau tanya dirimu, apakah didikanmu terhadapku sama seperti didikan Nabi Muhammad SAW terhadap isteri-isterinya? Adakah Adam melayani Hawa sama seperti psikologi Muhammad terhadap mereka? Adakah akhlak Adam-Adam boleh dijadikan contoh terhadap kaum Hawa?

Adam… Kau sebenarnya imam dan aku adalah makmummu, aku adalah pengikut-pengikutmu kerana kau adalah ketua. Jika kau benar, maka benarlah aku. Jika kau lalai, lalailah aku. Kau punya kelebihan akal manakala aku kelebihan nafsu.

Akalmu sembilan, nafsumu satu. Aku…akalku satu nafsuku beribu! Dari itu Adam….pimpinlah tanganku, kerana aku sering lupa, lalai dan alpa, sering aku tergelincir ditolak sorong oleh nafsu dan kuncu-kuncunya.

Bimbinglah daku untuk menyelami kalimah Allah, perdengarkanlah daku kalimah syahdu dari Tuhanmu agar menerangi hidupku. Tiuplah ruh jihad ke dalam dadaku agar aku menjadi mujahidah kekasih Allah.

Adam… Andainya kau masih lalai dan alpa dengan karenahmu sendiri, masih segan mengikut langkah para sahabat, masih gentar mencegah mungkar, maka kita tunggu dan lihatlah, dunia ini akan hancur bila kaumku yang akan memerintah. Malulah engkau Adam, malulah engkau pada dirimu sendiri dan pada Tuhanmu yang engkau agungkan itu…

Ikhlas dari,
Hawa

(Sumber: PDH)