Che Non tertarik dengan kata2 di surat ini.. mari kite menghayatinya...zassss~
Ohh Adam…
Adam….. Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu. Sesungguhnya aku adalah Hawa, temanmu yang kau pinta semasa kesunyian di syurga dahulu.
Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok. Jadi tidak hairanlah
jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan darimu, sentiasa
mau terpesong dari landasan, kerana aku buruan syaitan.
Adam… Maha suci Allah yang mentakdirkan kaumku lebih
ramai bilangannya dari kaummu dia akhir zaman, itulah sebenarnya
ketelitian Allah dalam urusanNya Jika bilangan kaummu mengatasai kaumku
nescaya merahlah dunia kerana darah manusia, kacau-bilaulah suasana,
Adam sama Adam bermusuhan kerana Hawa.
Buktinya cukup nyata dari peristiwa Habil dan Qabil sehinggalah pada
zaman cucu-cicitnya. Pun jika begitu maka tidak selaraslah undang-undang
Allah yang mengharuskan Adam beristeri lebih dari satu tapi tidak lebih
dari empat pada satu waktu.
Adam… Bukan kerana ramainya isterimu yang
membimbangkan aku. Bukan kerana sedikitnya bilanganmu yang merunsingkan
aku. Tapi… aku risau, gundah dan gulana menyaksikan tingkahmu. Aku sejak
dulu lagi sudah tahu bahawa aku mesti tunduk ketika menjadi isterimu.
Namun… terasa berat pula untukku meyatakan isi perkara.
Adam… Aku tahu bahawa dalam Al-Quran ada ayat yang
menyatakan kaum lelaki adalah menguasai terhadap kaum wanita. Kau diberi
amanah untuk mendidik aku, kau diberi tanggungjawab untuk menjaga aku,
memerhati dan mengawasi aku agar sentiasa didalam redha Tuhanku dan
Tuhanmu.
Tapi Adam… nyata dan rata-rata apa yang sudah
terjadi pada kaumku kini, aku dan kaumku telah ramai menderhakaimu.
Ramai yang telah menyimpang dari jalan yang ditetapkan Asalnya Allah
mengkehendaki aku tinggal tetap dirumah. Di jalan-jalan, di pasar-pasar,
di bandar-bandar bukan tempatku. Jika terpaksa aku keluar dari rumah
seluruh tubuhku mesti ditutup dari hujung kaki sampai hujung rambut.
Tapi.. realitinya kini, Hawa telah lebih dari sepatutnya.
Adam… Mengapa kau biarkan aku begini? Aku jadi ibu,
aku jadi guru, itu sudah tentu katamu. Aku ibu dan guru kepada
anak-anakmu. Tapi sekarang diwaktu yang sama, aku ke muka menguruskan
hal negara, aku ke hutan memikul senjata. Padahal, kau duduk saja. Ada
diantara kau yang menganggur tiada kerja. Kau perhatikan saja aku panjat
tangga di pejabat bomba, kainku tinggi menyingsing peha mengamankan
negara. Apakah kau sekarang tidak lagi seperti dulu? Apakah sudah hilang
kasih sucimu terhadapku?
Adam… Marahkah kau jika kukatakan andainya Hawa terpesong, maka Adam yang patut tanggung! Kenapa? Mengapa begitu ADAM? Ya! Ramai orang berkata jika anak jahat emak-bapak tak pandai didik, jika murid bodoh, guru yang tidak pandai mengajar! Adam kau selalu berkata, Hawa memang degil, tak mahu dengar kata, tak mudah makan nasihat, kepala batu, pada hematku yang dhaif ini Adam,
seharusnya kau tanya dirimu, apakah didikanmu terhadapku sama seperti
didikan Nabi Muhammad SAW terhadap isteri-isterinya? Adakah Adam melayani Hawa sama seperti psikologi Muhammad terhadap mereka? Adakah akhlak Adam-Adam boleh dijadikan contoh terhadap kaum Hawa?
Adam… Kau sebenarnya imam dan aku adalah makmummu,
aku adalah pengikut-pengikutmu kerana kau adalah ketua. Jika kau benar,
maka benarlah aku. Jika kau lalai, lalailah aku. Kau punya kelebihan
akal manakala aku kelebihan nafsu.
Akalmu sembilan, nafsumu satu. Aku…akalku satu nafsuku beribu! Dari itu Adam….pimpinlah
tanganku, kerana aku sering lupa, lalai dan alpa, sering aku
tergelincir ditolak sorong oleh nafsu dan kuncu-kuncunya.
Bimbinglah daku untuk menyelami kalimah Allah, perdengarkanlah daku
kalimah syahdu dari Tuhanmu agar menerangi hidupku. Tiuplah ruh jihad ke
dalam dadaku agar aku menjadi mujahidah kekasih Allah.
Adam… Andainya kau masih lalai dan alpa dengan
karenahmu sendiri, masih segan mengikut langkah para sahabat, masih
gentar mencegah mungkar, maka kita tunggu dan lihatlah, dunia ini akan
hancur bila kaumku yang akan memerintah. Malulah engkau Adam, malulah engkau pada dirimu sendiri dan pada Tuhanmu yang engkau agungkan itu…
Ikhlas dari,
Hawa
(Sumber: PDH)
No comments:
Post a Comment