Setiap yang ditiup roh padanya
dan punya nyawa itu adalah hidupan. Hidupan perlukan kesetiaan?Bukan
makanan asas atau perlindungan sahaja?
Untuk hidup beerti dan
punya rasa cinta yang hakiki, kesetiaan adalah pra syarat menjamin
kebahagiaan supaya tidak ada yang terbunuh dengan kekecewaan.
Belajarlah
dari bunga, hidupan mekar ini juga perlukan kesetiaan. Inikan pula
manusia, semoga jiwa terdidik untuk setia bukan curiga pada perasaan
sendiri hingga melahirkan kekeliruan menyentak jiwa.
Berhati-hatilah,
dengan melakukan pengkhianatan dan curang dengan perbuatan dan perasaan
pada pasangan akan membunuh satu jiwa yang lain. Bayangkan jika jiwa
itu adalah adik perempuan kita atau saudara terdekat kita.Layakkah kita
marah dan benci kepada pengkhianat cinta itu?Belajar dari bunga.
**********************************
Cerita tentang bunga…
Bila bunga yang layu disiram, mungkin bunga itu akan kembali kembang.
Cuma jangan lupa, air siraman itu juga mungkin bisa menyebabkan bunga terus rebah mencium pasu kacanya.
Kemungkinan selalu ada.
Cuma kadang-kadang bunga layu bukan perlukan sekadar air. Ia perlukan cahaya.
Bila
disiram dalam gelap, itu bukan jaminan untuk kencangkan
nafasnya.Kadang-kadang ia perlukan juga sebuah jiwa jujur yang menyiram
dengan kasih sayang, yang betul-betul mahu dia hidup tegak semula.
**********************************
Bunga juga tahu tentang setia.Siapa yang selalu datang kerana keperluan, siapa yang cuma datang memuaskan keinginan.
Maka, janganlah dibenci dan marah akan pengkhinat cinta itu. Kerna
mereka ini mungkin mencari sesuatu yang lain dari apa yang kita berikan.
Sepertinya
bunga yang tidak semestinya perlukan air sahaja, tapi juga perlukan
cahaya dan juga air tetapi air yang disiram dengan penuh kesetiaan dan
keikhlasan bukan keterpaksaan dan kekeliruan.
Yang pasti, pemberi
air dan cahaya itu tetap SETIA dengan Maha Pemurahnya. Bukankah ALLAH
yang memberi air dan cahaya?Belajarlah CINTA TUHAN untuk kenal CINTA
KESETIAAN.
P/S:
Yang patah tumbuh hilang berganti,
Risau dikhianati lagi…?
Percayalah pada janji,
yang mana ALLAH akan beri pasangan yang seerti,
untuk kita lebih mengerti apa dialami sebelum ini,fahami dan syukuri apa yang terjadi.
(Sumber: PDH)
No comments:
Post a Comment