Wednesday, November 14, 2012

Bulan Muharram


Satu Muharram Detik Permulaan
Perkiraan Tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan Umat Islam
Dari Kota Makkah ke Kota Madinah

Atas Keyakinan dan Iman Yang Teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar Bersatu
Rela Berkorban Harta dan Nyawa
Demi Menegakkan Islam Tercinta

Hijrah Itu Pengorbanan
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan

Oleh Itu Mari Semua
Kita Sambut Maal Hijrah
Tingkatkan Semangat Tegakkan Syiar Islam
Untuk Sepanjang Zaman 
 *************************************

masih  ingatkan anda dengan lirik ini?
kita sering nyanyi bersama bila menyambut Maal Hijrah sama ada di sekolah mahupun di majlis yang dianjurkan rukun tertangga..

tapi sejauh mana kite menghayatinya?? tepuk dada tanyalah hati...

Alhamdulillah.. kite masih diberi peluang untuk meraikan tahun baru hijrah 1434.. di kesempatan ini CN ingin mengucapkan Salam Menyambut Maal Hijrah 1434H buat semua muslimin & muslimat.. semoga kita sama-sama mencari keberkata-Nya & berazam beralih daripada sesuatu yang negatif (buruk) atau kurang baik kepada yang lebih baik atau sempurna (tanpa usaha ianya takan menjadi ye kawan-kawan =)). Moga Allah s.w.t memberkati kita... Amin ^_^


Antara amalan disunatkan pada bulan Muharam:

  • Berpuasa. Maksud Hadis: Barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharam pahalanya seumpama berpuasa 30 tahun. Maksud Hadis: Barang siapa yang berpuasa tiga hari dalam bulan Muharam, iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun.
  • Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya. 
  • Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijah selepas Asar sebanyak 3 kali
  • Berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib 3 kali  
Doa Akhir Tahun & Awal Tahun (DISINI)

No comments:

Post a Comment