Thursday, March 28, 2013

Naluri Cinta

Di daerah itu langit kelabu
Sejak lama
Suria di situ tiada lagi
Bercahaya

Degup jantung dan denyutan nadi

Di setiap saat
Ada yang terhenti
Melalui
Penderitaan hari ke hari

Disedari betapapun berat mata

Yang memandang
Betapalah jiwa yang sarat menanggung
Penderaan
Hanya kesalan dan kata kata
Sedang tindakan jauh dari nyata
Semakin jelas
Kemunafiqan makhluk bernama manusia

Usahlah kita mengharapkan lagi

Dari mereka kata simpati
Ucapan di bibir lembut meniti
Tiada semestinya pengucapan di hati

Hanyalah kita

Sesama kita
yang memahami erti derita
Sesama kita mari semaikan
Naluri cinta
Kemanusiaan

Hanyalah kita

Sesama kita
yang memahami erti derita
Sesama kita mari semaikan
Naluri cinta
Kemanusiaan
Kemanusiaan

- Rohana Jalil & TO'KI -

Tuesday, March 26, 2013

Pangkor Island Beach Resort


yeaayyy!! HOLIDAY time!!!!

What a weekend! Awesome fun. 
JB - KL - LUMUT - IPOH - PENANG - JB... 
with "WONDERFULL FRIENDS" = PERFECT WEEKEND!!!



@ Jeti Lumut

@ PIBR
@ PIBR : waiting sunset
with van pink color.. Only at Pangkor!

tempat melayan perasaan... hik hik hik :p
with Hornbill
with Peacock
Ali Setan d muvi.. hik hik hik
Wawa memang rare! sempoiiii~
tumpang naik buggy transfer ke pintu masuk PIBR :)
@ Kota Belanda
@ Kota Belanda
arghhh!! celik mata nampak laut! feel fresh dude!
@ Restoran Nasi Vanggey : 3 Layer Tea! asyikkkk
@ Penang Bridge : tercapai jugak hajat nak ke sini.. setelah sekian lamanya...
 
Gud Bye Penang



kalau ada sumur di ladang
boleh kita menumpang mandi,
 kalau ada umur yang panjang, 
boleh kita berjumpa lagi... 
xoxo!                    


Monday, March 4, 2013

Persoalan kenapa Polis bukan Tentera?



Masih ramai yang tanya persoalan ni. Di sini aku nak kongsikan kenapa Polis kena ambil tindakan dulu sebelum Tentera. Harap semua faham.

1) Jika kita guna Tentera dahulu bermakna kita dalam perang dengan Sultan Sulu.

2) Juga bermakna kita mengiktiraf Sultan Sulu secara langsung sebagai Kerajaan yang sah yang mengistiharkan perang kepada kita.

3) Dan jika ini berlaku ianya akan tertakluk kepada Geneva Convention dan beberapa Protocol Antarabangsa.

Jika Polis sebagai pemerintah operasi bermakna -

1) Kita masih anggap mereka itu penjenayah dan penceroboh bukan Combatant Perang.

2) Polis kita akan menangkap dan menahan (perkatannya untuk polis ialah menahan bukan menawan - Menawan ialah perkataan Tentera ada beza di antara keduanya).

3) Untuk mengelakkan mereka menjadi Tawanan Perang. Cukup sekadar sebagai tahanan penjenayah. Maka tuduhan di Mahkamah Awam boleh di lakukan. Seperti tuduhan yang boleh kita buat di atas lanun Somalia yang kita tahan sedikit masa lalu. Mereka tidak di anggap tawanan perang. (Gambar di atas)

4) Boleh di ektradisikan dengan lebih mudah ke Filipina. Kalau tindakan ketenteraan atau kita anggap perang susah nak bicara dan mana nak tempatkan mereka dan diklasifikasikan mereka ini? Maka jadilah macam kisah CIA dan Black Sitenya untuk WAR on TERROR mereka. Kita kena la buat macam Guantonamo Bay juga. Susah macam tu.

Itu sebab kita mengambil langkah Polis dahulu. Jika Tentera ambil alih sudah jadi kes lain.

Jika keadaan tidak boleh di kawal lagi maka LOCAL AREA EMERGENCY (darurat setempat) boleh di isytiharkan.

Dengar cerita darurat telah di istiharkan dan curfew di kuatkuasakan di sana. Ini bermakna Tentera sudah ambil alih di Lahad Datu atau kawasan pencerobohan sahaja (kawasan yang lebih kecil).

Ianya seperti darurat waktu ribut banjir New Orleans dahulu - tentera USA ambil alih bukan lagi polis tempatan).

Dalam keadaan ini bermakna bukan satu negara Malaysia darurat dan bukanlah bermakna perang Kerajaan Malaysia dan Sultan Sulu. Darurat hanya untuk keselamatan sahaja dan LOCAL AREA SAHAJA. Rasanya bukan seluruh Lahad Datu pun.Hanya kawsan pencerobohannya sahaja. Nampak hati-hatinya dan telitinya Kerajaan dalam hal ini.

Ok, rasanya tak salah untuk aku bagitau benda ni sebab niat aku untuk bagi semua orang faham dan tak bising lagi.

Sumber dari ADA

Sunday, March 3, 2013

Lahad Datu dan Sulu

Al Fatihah untuk mereka yang gugur
01/03/2013

Berikut Adalah Senarai Wira Yang Terkorban Dan Tercedera Di Lahad Datu
 

1. Inspektor 17992 Zulkifli B. Mamat (Terkorban)

2. Koperal 113088 Sabarudin B. Daud (Terkorban)


3. Koperal 152133 Mohd Tarmizi B. Hashim (Cedera di tangan dan kaki – kini ditempatkan di Hospital Lahad Datu)


4. Koperal 135383 Azman B. Ampong (Cedera di punggung/peha – kini ditempatkan di Hospital Lahad Datu) – Baru diberitakan sekitar jam 6 petang Kpl Azman telah meninggal dunia.


5. Konstabel 176533 Mohamad Qaiyum’aiqal B. Zolkifli (Cedera di bahu kanan dan kedua-dua kaki – kini ditempatkan di Hospital Sandakan)


02/03/2013 

Berikut Adalah Senarai Pegawai Dan Anggota Polis Yang Terkorban Di Semporna

1. Supt Ibrahim bin Lebar, Caw Khas, Bukit Aman.

2. ASP Micheal Padel, Caw Khas, IPD Semporna
 
3. Sjn/D Baharin bin Hamit, Caw Khas, IPK Sabah
 
4. Sjn Aziz bin Sarikun, BN 14 PGA Tawau
 
5. Kpl/S Salam bin Togiran, IPD Tawau
 
6. L/Kpl Mohd Azrul bin Tukiran, BN 14 PGA Tawau