Monday, February 25, 2013

Laksa Cina

Hi uolz! amacam weekend yang lepas? seronok ke bercuti? 
ke mana kalian berlibur? ada yang duduk di rumah saja ke? 
sama la mcm CN weekend yang lepas haya pergi ke rumah tailor & pasar jew.. 
sbb CN plan hujung minggu lepas nak masak Laksa Cina week ke-8 nie, gara2 terlihat hasil tangkap leleh pix kawan CN 
my friend (Linda Sia) updated pic makanan dia dekat instagram.. nampak menarik, mudah & ringkas (bagi golongan muda mcm CN yg cuba2 ke dapur nie boleh la mencoba).. lalu CN minta resipi dari dia.. 
bahan2 nie CN ade tambah2 cikit dari resipi asal... ikut la uolz nak letak ape... ikot citarasa & selera anda. :)

ok ladies & gentlemen sila lah amek pen & kertas / print sahaja resipi di bawah ini... 
SELAMAT MENCUBA!


LAKSA CINA 
By : Che Noona 
Rujukan : Linda Sia


Bahan-Bahan :-
2 batang Serai (dititik) 
2 sudu Cili Boh 
1 sudu besar Serbuk kunyit 
1 biji Santan
2 keping Asam Keping
1 kiub Pati Ikan Bilis
2 cawan Air
sedikit Belacan
garam and gula secukup rasa
Fishball/Fishball Goreng/Fishcake/Tahu Goreng/Telur Puyuh/Taugeh 
Spaghetti 

Pes Rempah (Blender) :- 
4 biji Bawang Merah
3 biji Bawang Putih
2 inci Halia
2inci  Lengkuas
udang kering sikit, ikan bilis, daun kesum (ni secret buat kuah jadi sedap)

  • Panaskan minyak, tumis pes rempah hingga naik bau, after dah minyak pecah n then masuk kunyit, pati ikan bilis, serai, cili boh, garam gula, asam keping, belacan and santan. Masak sehingga garing. Kemudian masukkan air. Letak Fishball/Fishball Goreng/Fishcake/Tahu Goreng/Telur Puyuh/Taugeh sehingga mendidih. Rasa agar secukup rasa semuanya. Kemudian siap di hidang.
  • Spaghetti pulak boleh di rebus. Siap masak blh la angkat dan dihidangkan dengan kuahnya..
  •  bahan hiasan :- timun, daun bawang,bawang goreng etc.
nampak macam mee kari tapi bukan mee kari ya..!