Wednesday, August 24, 2011

10 Tips Wanita Sentiasa Tampil CANTIK...

Che Non rasa kite boleh amalkan dengan tips-tips yang diberikan ini:-
  1. Untuk membentuk bibir yang menawan, ucapkan kata-kata kebaikan.
  2. Untuk mendapatkan mata yang indah, carilah kebaikan pada setiap orang yang anda jumpai.
  3. Untuk mendapatkan bentuk badan yang langsing, berbagilah makanan dengan mereka yang kelaparan.
  4. Untuk mendapatkan rambut yang indah, mintalah seorang anak kecil untuk menyisirnya dengan jemarinya setiap hari.
  5. Untuk mendapatkan sikap tubuh yang indah, berjalanlah dengan segala ilmu pengetahuan, dan anda tidak akan pernah berjalan sendirian. Manusia, jauh melebihi segala ciptaan lain, perlu senantiasa berubah, diperbaharui, dibentuk kembali, dan diampuni.
  6. Jadi, jangan pernah kecilkan seseorang dari hati anda apabila anda sudah melakukan semuanya itu, ingatlah senantiasa, jika suatu ketika anda memerlukan pertolongan, akan senantiasa ada tangan terulur.
  7. Dan dengan bertambahnya usia anda, anda akan semakin mensyukuri telah diberi dua tangan, satu untuk menolong diri anda sendiri, dan satu lagi untuk menolong orang lain.
  8. Kecantikan wanita bukan terletak pada pakaian yang dikenakannya, bukan pada bentuk tubuhnya, atau cara dia menyisir rambutnya.
  9. Kecantikan wanita terdapat pada matanya, cara dia memandang dunia. Kerana di matanyalah terletak gerbang menuju ke setiap hati manusia, di mana cinta dapat berkembang.
  10. Kecantikan wanita, bukan pada kehalusan wajahnya, tetapi kecantikan yang murni, terpancar pada jiwanya, yang dengan penuh kasih memberikan perhatian dan cinta yang dia berikan dan kecantikan itu akan tumbuh sepanjang waktu.
(Sumber: PDH)

SELAMAT MENCUBA!

Friday, August 19, 2011

DOA KETIKA JATUH CINTA...

Allahu Rabbi, aku minta izin
Ketika suatu saat nanti aku jatuh cinta
Jangan biarkan cinta untuk-Mu berkurang
Hingga membuat lalai akan adanya engkau

Allahu Rabbi, aku punya pinta
Ketika suatu saat nanti aku jatuh cinta
Penuhilah hatiku dengan bilangan cinta-Mu yang tak terbatas
Biar rasaku pada-Mu tetap utuh

Allahu Rabbi, izinkanlah
Ketika suatu saat nanti aku jatuh cinta
Pilihkan untukku seseorang yang hatinya penuh dengan cinta-Mu
Dan membuatku semakin mengagumimu

Allahu Rabbi
Ketika suatu saat nanti aku jatuh cinta
Pertemukanlah kami
Berilah kami kesempatan untuk lebih mendekati cinta-Mu

Allahu Rabbi, pintaku yang terakhir
Ketika suatu saat nanti aku jatuh cinta
Jangan pernah Kau palingkan wajah-Mu dariku
Anugerahkanlah aku cinta-Mu
Cinta yang tak pernah pupus oleh waktu

Amiiinnn

Thursday, August 18, 2011

Surat HAWA Untuk ADAM...

Che Non tertarik dengan kata2 di surat ini.. mari kite menghayatinya...zassss~

Ohh Adam

Adam….. Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu. Sesungguhnya aku adalah Hawa, temanmu yang kau pinta semasa kesunyian di syurga dahulu.

Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok. Jadi tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan darimu, sentiasa mau terpesong dari landasan, kerana aku buruan syaitan.

Adam… Maha suci Allah yang mentakdirkan kaumku lebih ramai bilangannya dari kaummu dia akhir zaman, itulah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusanNya Jika bilangan kaummu mengatasai kaumku nescaya merahlah dunia kerana darah manusia, kacau-bilaulah suasana, Adam sama Adam bermusuhan kerana Hawa.

Buktinya cukup nyata dari peristiwa Habil dan Qabil sehinggalah pada zaman cucu-cicitnya. Pun jika begitu maka tidak selaraslah undang-undang Allah yang mengharuskan Adam beristeri lebih dari satu tapi tidak lebih dari empat pada satu waktu.

Adam… Bukan kerana ramainya isterimu yang membimbangkan aku. Bukan kerana sedikitnya bilanganmu yang merunsingkan aku. Tapi… aku risau, gundah dan gulana menyaksikan tingkahmu. Aku sejak dulu lagi sudah tahu bahawa aku mesti tunduk ketika menjadi isterimu.

Namun… terasa berat pula untukku meyatakan isi perkara.

Adam… Aku tahu bahawa dalam Al-Quran ada ayat yang menyatakan kaum lelaki adalah menguasai terhadap kaum wanita. Kau diberi amanah untuk mendidik aku, kau diberi tanggungjawab untuk menjaga aku, memerhati dan mengawasi aku agar sentiasa didalam redha Tuhanku dan Tuhanmu.

Tapi Adam… nyata dan rata-rata apa yang sudah terjadi pada kaumku kini, aku dan kaumku telah ramai menderhakaimu. Ramai yang telah menyimpang dari jalan yang ditetapkan Asalnya Allah mengkehendaki aku tinggal tetap dirumah. Di jalan-jalan, di pasar-pasar, di bandar-bandar bukan tempatku. Jika terpaksa aku keluar dari rumah seluruh tubuhku mesti ditutup dari hujung kaki sampai hujung rambut.

Tapi.. realitinya kini, Hawa telah lebih dari sepatutnya.

Adam… Mengapa kau biarkan aku begini? Aku jadi ibu, aku jadi guru, itu sudah tentu katamu. Aku ibu dan guru kepada anak-anakmu. Tapi sekarang diwaktu yang sama, aku ke muka menguruskan hal negara, aku ke hutan memikul senjata. Padahal, kau duduk saja. Ada diantara kau yang menganggur tiada kerja. Kau perhatikan saja aku panjat tangga di pejabat bomba, kainku tinggi menyingsing peha mengamankan negara. Apakah kau sekarang tidak lagi seperti dulu? Apakah sudah hilang kasih sucimu terhadapku?

Adam… Marahkah kau jika kukatakan andainya Hawa terpesong, maka Adam yang patut tanggung! Kenapa? Mengapa begitu ADAM? Ya! Ramai orang berkata jika anak jahat emak-bapak tak pandai didik, jika murid bodoh, guru yang tidak pandai mengajar! Adam kau selalu berkata, Hawa memang degil, tak mahu dengar kata, tak mudah makan nasihat, kepala batu, pada hematku yang dhaif ini Adam, seharusnya kau tanya dirimu, apakah didikanmu terhadapku sama seperti didikan Nabi Muhammad SAW terhadap isteri-isterinya? Adakah Adam melayani Hawa sama seperti psikologi Muhammad terhadap mereka? Adakah akhlak Adam-Adam boleh dijadikan contoh terhadap kaum Hawa?

Adam… Kau sebenarnya imam dan aku adalah makmummu, aku adalah pengikut-pengikutmu kerana kau adalah ketua. Jika kau benar, maka benarlah aku. Jika kau lalai, lalailah aku. Kau punya kelebihan akal manakala aku kelebihan nafsu.

Akalmu sembilan, nafsumu satu. Aku…akalku satu nafsuku beribu! Dari itu Adam….pimpinlah tanganku, kerana aku sering lupa, lalai dan alpa, sering aku tergelincir ditolak sorong oleh nafsu dan kuncu-kuncunya.

Bimbinglah daku untuk menyelami kalimah Allah, perdengarkanlah daku kalimah syahdu dari Tuhanmu agar menerangi hidupku. Tiuplah ruh jihad ke dalam dadaku agar aku menjadi mujahidah kekasih Allah.

Adam… Andainya kau masih lalai dan alpa dengan karenahmu sendiri, masih segan mengikut langkah para sahabat, masih gentar mencegah mungkar, maka kita tunggu dan lihatlah, dunia ini akan hancur bila kaumku yang akan memerintah. Malulah engkau Adam, malulah engkau pada dirimu sendiri dan pada Tuhanmu yang engkau agungkan itu…

Ikhlas dari,
Hawa

(Sumber: PDH)

Monday, August 15, 2011

37 FAKTA MENARIK MENGENAI LELAKI..!!

  1. Lelaki biasanya tidak terpikat terhadap wanita disebabkan mereka cantik, tetapi mereka lebih mudah terpikat terhadap personaliti dan ketrampilan seseorang itu.
  2. Lelaki amat bencikan lelaki lain yang cuba untuk menggoda kekasih mereka.
  3. Apa yang sedang awak lakukan? atau Awak dah makan ke belum? adalah merupakan soalan paling kerap akan ditanya ketika mereka menelefon seorang wanita.
  4. Lelaki akan sibuk dengan pekerjaan mereka sepanjang hari, tetapi sebelum tidur, pasti mereka akan memikirkan mengenai wanita yang mereka benar-benar sayang.
  5. Apabila lelaki benar-benar sayang terhadap seorang wanita, mereka akan mengabaikan semua karakter negatif yang ada pada wanita tersebut.
  6. Lelaki akan membuat seribu satu kesimpulan sekiranya seorang wanita senyum kepada mereka.
  7. Lelaki sanggup melakukan apa saja untuk mendapatkan perhatian daripada seorang wanita.
  8. Lelaki amat benci apabila wanita menceritakan mengenai kisah bekas teman lelaki mereka.
  9. Seorang lelaki mampu menyukai wanita untuk seminit, kemudian terus melupakan mereka.
  10. Apabila seorang lelaki bersedia untuk berjumpa ibubapa kekasih mereka, ini menunjukkan mereka benar-benar serius.
  11. Lelaki juga akan menangis.
  12. Lelaki akan lebih untuk berusaha memikat wanita yang menolak cinta mereka, ini adalah kerana mereka sukar untuk menerima kekalahan.
  13. Jangan sesekali memberikan mereka mesej tergantung seperti “Ada sesuatu nk bgtau awak ni…. erm… tapi takpela”. Mereka akan membuat seribu satu andaian dan akan berusaha untuk mendapatkan jawapan.
  14. Lelaki akan teruja apabila mendapat sentuhan yang tidak diduga.
  15. Lelaki akan menjadi gagap apabila bercakap dengan wanita yang mereka suka.
  16. Apabila wanita menyatakan tidak, hati lelaki akan menyatakan ‘ok…. takpe…. cuba lagi esok..’
  17. Lelaki amat sayang ibu mereka.
  18. Lelaki sanggup mengorbankan makan tengahari mereka semata-mata ingin memberikan wanita beberapa kuntum bunga ros.
  19. Lelaki amat sukar untuk difahami melainkan anda seorang pendengar yang setia.
  20. Adalah lebih baik anda menguji seorang lelaki itu terlebih dahulu sebelum mempercayainya. Tetapi, pastikan ia tidak mengambil masa yang terlalu lama.
  21. Lelaki lebih bersikap terbuka untuk menceritakan hal peribadi mereka.
  22. Lelaki amat suka apabila wanita yang menentukan pemakaian mereka.
  23. Lelaki tidak suka kekasih mereka mempunyai hubungan dengan orang lain terutamanya kawan lelaki.
  24. Apabila lelaki membelikan hadiah kepada wanita, mereka amat risau sekiranya hadiah yang mereka berikan tidak disukai.
  25. Lelaki lebih banyak berfikir.
  26. Imaginasi lelaki tiada had. Mereka mampu untuk membayangkan apa sahaja.
  27. Ketinggian wanita adalah tidak penting, apa yang lebih penting adalah berat mereka.
  28. Sukar untuk lelaki untuk melepaskan kekasih mereka terutama apabila sudah bercinta melebihi 3 tahun.
  29. Lelaki tidak sukakan wanita yang materialistik.
  30. Lelaki memiliki semangat yang kuat untuk berubah dan ianya perlu sokongan yang kuat daripada kekasih mereka.
  31. Apabila lelaki menceritakan sesuatu yang serius, berikan perhatian yang sepenuhnya. Ia amat penting.
  32. Lelaki lebih gemarkan wanita yang pandai memasak.
  33. Jangan sombong, kerana ia akan membuatkan lelaki berusaha untuk memalukan anda.
  34. Lelaki belajar mengenai cinta melalui pengalaman, bukan seperti wanita yang belajar mengenai cinta melalui novel yang mereka baca.
  35. Lelaki paling tidak suka kekasih mereka keluar bersama lelaki lain berdua walaupun hubungan mereka hanya sekadar kawan.
  36. Lelaki akan memaafkan kesalahan yang pertama dibuat, tetapi bukan untuk kesalahan yang kedua.
  37. Lelaki tidak suka wanita yang terlampau mengada-ngada.
(Sumber: PDH)

Friday, August 12, 2011

PERBEZAAN ANTARA LELAKI & WANITA..!!

Lelaki melakukan lebih banyak daripada apa yang dapat dilakukan perempuan, sedangkan perempuan melakukan apa yang lebih banyak daripada apa yang berani dilakukan lelaki. Lelaki dikenal dari apa yang tidak dia lakukan, dan perempuan dikenal dari apa yang dia lakukan.

Dalam bercinta, lelaki berbangga dengan kemenangannya meraih perempuan, sedangkan perempuan berhias dengan ketaklukannya di hadap lelaki. Lelaki berbangga dengan mengatakan : “Aku telah menaklukkan perempuan A, B dan C”, dan perempuan berbangga dengan mengatakan : “Aku telah menolak lelaki A, B dan C”.

Ketika seorang lelaki menangis di hadap perempuan, sesungguhnya ia telah menyentuh keangkuhan perempuan itu, dan ketika seorang perempuan menangis di hadapan lelaki, sesungguhnya ia telah menimbulkan rasa hiba lelaki kepadanya.

Kenikmatan perempuan diperoleh ketika berhasil menghancurkan hati lelaki, sedangkan kenikmatan lelaki diperoleh ketika dia mampu memuaskan keangkuhan perempuan.

Kebahagiaan di sisi lelaki adalah sukses dalam pekerjaan, sedangkan bagi perempuan adalah sukses bersama lelaki.

Di balik setiap perempuan sukses, terdapat cinta yang gagal, dan di belakang setiap lelaki yang sukses, terdapat perempuan yang dicintai.

Yang terakhir mati pada lelaki adalah hatinya dan pada perempuan adalah lidahnya. Lidah lelaki bagaikan pisau, sedangkan lidah perempuan seperti pedang.

Perempuan menginginkan anak yang menyerupai kekasihnya, sedangkan lelaki menginginkan anak yang serupa dengannya, bukan yang serupa isterinya. Ini kerana lelaki ingin mengulangi wujudnya dan perempuan ingin mengulangi kekasihnya.

Semua jenis pujian menggetarkan hati perempuan, tetapi tidak semua pujian menyentuh hati lelaki.

Perempuan membinasakan akal lelaki, sedangkan lelaki meremukkan hati perempuan.

Harapan lelaki kiranya menjadi keras bagaikan ais, sedangkan harapan perempuan menjadi air lalu menguap seperti udara.

Perempuan menganggap pernikahan sebagai jalan terakhir dalam perjalanan hidupnya, sedangkan lelaki memandangnya sebagai salah satu jalan pilihan, selanjutnya dia akan melanjutkan perjalanannya.

Perempuan tidak melupakan ciuman pertama, sedangkan lelaki melupakan ciuman terakhir.

Mudah bagi lelaki menutup matanya, tetapi mustahil bagi perempuan menutup telinganya.

Dahulu orang berkata : “Tiga sifat lelaki yang terbaik tetapi itulah yang terburuk buat perempuan. Tiga sifat tersebut adalah berani, rendah hati dan tangan terbuka. Tiga sifat terbaik perempuan tetapi itu yang terburuk buat lelaki adalah tinggi hati, sangat hati-hati, dan tangan tertutup”.

Lelaki adalah penderitaan cinta, sedangkan perempuan adalah cinta penderitaan.

Lelaki memahami apa yang dia dengar, sedangkan perempuan mendengar apa yang dia tidak pahami.

Lelaki senang berpindah-pindah bagaikan wisatawan, sedangkan perempuan sedang menetap bagaikan penduduk asli.

Ketika lelaki merasa jemu, dia membutuhkan seseorang yang mendorongnya agar ia maju ke depan. Ketika perempuan merasa jemu, dia membutuhkan seseorang yang menopangnya dari belakang agar tidak terjatuh.

Tuhan menciptakan lelaki dari tanah agar ia dapat menanam di bumi dan membangun di atas bumi rumah-rumah untuk tempat tinggal. Tuhan menciptakan perempuan dari tulang rusuk lelaki agar dia dapat mendorong lelaki dari bumi ini dan mengusirnya dari rumah yang dibangun lelaki itu.

Lelaki sering kali tidak mengetahui bila untuk mengucapkan kata perpisahan bagi perempuan, sedangkan perempuan seringkali tidak mengetahui bila ia harus berpisah.

Ketika lelaki berbicara tentang kebebasan, yang dimaksud adalah kebebasannya dari perempuan. Ketika perempuan berbicara tentang keikhlasan, yang dimaksud adalah keikhlasan lelaki kepadanya.

Lelaki cepat jatuh cinta, sedangkan perempuan lebih cepat membenci.

Lelaki yang tidak tampan, dapat menemukan perempuan yang mencintainya, sedangkan perempuan yang tidak cantik, tidak menemukan lelaki yang mencintainya. Ini kerana perempuan ketika bercinta tidak bertanya apakah teman lelakinya sudah mencukur janggutnya atau tidak, tetapi lelaki yang bercinta tidak akan mencium perempuan yang berjanggut.

Perempuan lebih senang menikah dengan lelaki yang kaya walaupun banyak bicara daripada yang pendiam tapi miskin, sedangkan lelaki lebih senang menikah dengan perempuan yang pendiam walaupun miskin daripada yang kaya tapi banyak bicara.

Ketika bercinta, lelaki berusaha mengangkat perempuan dari peringkat lelaki, tetapi perempuan lebih senang turun ke tingkat lelaki yang dia senangi. Dengan demikian, lelaki ketika bercinta mengangkat sedangkan perempuan menurun.

Kalau dua orang lelaki bertengkar, sering kali penyebabnya adalah perempuan, sedangkan bila dua orang perempuan bertengkar, biasanya penyebabnya juga perempuan.

Lelaki menangis atas apa yang hilang darinya, sedangkan perempuan menangis atas apa yang tidak dia peroleh.

Lelaki letih mencari ketenangan, sedangkan perempuan tidak tenang kecuali dengan mencari keletihan.

Ketika seorang perempuan menikah untuk kedua kalinya, itu kerana dia membenci suaminya yang pertama, sedangkan ketika seorang lelaki menikah untuk kedua kalinya, itu kerana dia mencintai isterinya yang pertama. Kerana itu, perempuan mencuba nasibnya dan lelaki berspekulasi.

Lelaki diciptakan dari tanah dan perempuan dari tulang. Kerana itu perempuan lebih kuat daripada lelaki dan kekuatannya terletak pada kelemahannya.

P/S: Life is not a problem to be solved, but a reality to be experienced.
(Sumber: PDH)

Wednesday, August 10, 2011

MENUNGGU CINTA…!

Mengapa menunggu?
Kerana walaupun kita ingin mengambil satu keputusan,
kita tidak ingin tergesa-gesa. Walaupun kita ingin cepat-cepat, kita tidak ingin sembarangan.


Jika ingin berlari, belajarlah berjalan duhulu,
Jika ingin berenang, belajarlah mengapung dahulu,
Jika ingin dicintai, belajarlah mencintai dahulu.


Pada akhirnya,
lebih baik kamu memilih hidup bersama dengan orang yang mencintai dirimu dari menunggu orang yang kamu cintai.Itu lebih membawa bahagia!

“Tuhan kadang-kadang jauhkan seseorang dri hidup kita atas sebab untuk melindungi kita..Oleh itu, berhentilah mengejarnya..Mungkin ada yang lebih baik yang telah diciptakan untuk kita.”

Menunggu cinta datang memang sesuatu yang perit dan amat memerlukan masa, kerna ia tidak boleh dipaksa.

“Bunga tidak mekar dalam waktu semalam, kota Roma tidak dibangun dalam sehari. Kehidupan dirajut dalam rahim selama sembilan bulan.”

Cinta yang agung akan terus bertumbuh selama kehidupan.
Kebanyakan hal yang indah dalam hidup memerlukan waktu yang lama, dan selama itu pula penantian kita tidaklah sia-sia.

Ruang hati ini untuk yang HALAL dimiliki.. Namun sekiranya yang hadir itu sekadar persinggahan menghilangkan sunyi, Mohon maaf kerana tiada tempatmu di sini, kerana kamu akhirnya akan berlalu pergi…

P/S:  “If you leave without a reason, Don’t come back with an excuse”
(Sumber: PDH)

Friday, August 5, 2011

FALSAFAH CINTA 5 JARI..!

Pasangan anda adalah anugerah yang tidak ternilai buat anda. Pernah dengarkah tentang falsafah lima jari? Tahukah anda mengapa cincin perkahwinan disarungkan ke jari manis, bukan di jari-jari lain?

Kini satukan kedua-dua belah tangan anda dan bengkokkan jari tengah ke dalam. Kemudian, empat jari yang lain dipertemukan di hujungnya.

1.   Ibu Jari
Cuba buka ibu jari anda. Ibu jari boleh dibuka kerana ibu jari mewakili kedua-dua orang tua anda. Kelak suatu hari nanti, pasti kedua-duanya akan pergi meninggalkan anda buat selama-lamanya. Tutup kembali ibu jari.

2.   Jari Telunjuk
Buka pula jari telunjuk anda. Jari telunjuk mewakili adik-beradik. Mereka juga bakal meninggalkan keluarga dan mengorak hala tuju masing-masing apabila tiba masanya. Tutup kembali jari telunjuk.

3.   Jari Kelingking
Cuba pula buka jari kelingking yang paling kecil, ianya mewakili anak-anak anda. Lambat-laun, apabila anak-anak mempunyai keluarga sendiri, mereka juga akan meninggalkan anda. Tutup kembali jari kelingking.

4.   Jari Manis
Dan sekarang, cuba buka jari manis, yang mana anda menyarungkan cincin perkahwinan padanya. Hairan kan mengapa anda tidak dapat membuka jari manis. Jari manis tersebut mewakili suami atau isteri anda. Tiada yang dapat memisahkan anda dan pasangan anda, kerana anda berdua telah ditakdirkan untuk bersama sehidup semati. Jadi, hargailah pasangan anda!

**************************
Thumb represents parents.
Index finger represents siblings.
Center finger represents own self.
Fourth finger represents your partner.
Last finger represents your children.
- Chinese’s philosophy


KESIMPULAN

Perkahwinan yang menjadi syurga dunia adalah titik tolak kepada syurga abadi yang menanti di sana. Syurga dunia ini lahirnya daripada kasih sayang dan rahmah yang terkandung di dalamnya. Firman ALLAH SWT yang bermaksud:
“Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri supaya kamu cenderung dan berasa tenteram kepadanya dan dijadikanNya antara kamu rasa kasih sayang dan rahmah.” – Surah Ar-Ruum (30) ayat 21.

Monday, August 1, 2011

Takut pada kekecewaan??

Kita takutkan kekecewaan sedangkan kekecewaan itulah guru yang akan mengajar kita erti prinsip dan perlunya kita bangkit semula dari kegagalan kita.
Kekecewaanlah yang akan mengajar kita betapa besarnya keburukan yang akan datang selepas kelalaian.
Bahkan kekecewaan itu akan mengajar kita tentang perlunya kita berhati-hati ketika melangkah dalam kehidupan..

RAMADHAN DATANG LAGI!!

Nama saya SYAABAN..Saya ingin berpesan bahawa jiran saya, RAMADHAN akan datang mengunjungi anda tak lama lagi bersama isterinya, REZEKI dan kedua anaknya, SAHUR & IFTAR. Mereka akan ditemani oleh cucunya, RAHMAT, BARAKAH & KEAMPUNAN.

Mereka akan pulang selepas 30 hari dengan pesawat Eidul Airlines. Sambutlah mereka dengan penuh persediaan.

ahlan wasahlan wa MARHABAN YAA RAMADHAN…