Tuesday, April 16, 2013

Western Australia (5D4N : 11 Apr 2013 - 16 Apr 2013)

...bawa aku pergi
pacu laju-laju
kita lari dari realiti...


...oh, buku merah jangan lupa bawa
moga-moga belum tamat tempoh
kali ini kita pergi lebih lama
pergi lebih jauh, ayuh...


Yuuuhooo!!! am back! =) ayooo! percutian ke Western Australia nie dah hampir sebulan, baru la CN nak update entry nie kans?... kenapa lewat?? sebab picturenya baru dapat hari ini... kwang kwang kwang... =)

"Apa yang menarik dekat Perth nie erk??? "

Sebab CN & the geng (Farah/Elyn/Gad) ade dekat Perth tu kot... hehehehe (Just Kidding) :p

hurmm banyak yang menarik kat sini if kite explore betul-betul.. mcm CN tak kisah la tempat tu padang pasir ke kawasan gurun kew yang tak ade menara tinggi untuk membeli belah pon CN boleh layan sebab bagi CN, untuk merasai/mencuba sesuatu yang baru itu adalah perkara yang menarik... selagi tidak melangar batas-batas syariat islam. Klu CN nak cite "pang pung pang pung" pon x sedap pulak kan..  panjang pon tak guna sebab yang menariknya bila travel ini adalah "EXPERIENCE" kite sendiri... so kepada kengkawans diluar sana yang nak tau keseronokan di Perth nie apa lagiiiiii... booking terus dgn Air Asia.. masa CN booking tix flight nie, return dalam Rm700.00 lepas tu tambah ini itu, total return Rm900.00.. kira murah jugak la nak di bandingkan dengan harga tak ade promosi.. klu ade promosi ni kira CN boleh layan la Air Asia nie, tu pon kalau CN ade duit-duit terlebih laaa... huhuhu... setahu CN la kans Air Asia la satu2 nya tambang murah yang boleh merialisasikan impian anda, pada bila-bila masa dan dimana jua... =) wahhh dah macam promote Air Asia pulak kans?? hehehe

Ok geng jom layan picture CN dekat Perth nie mana tau lepas tengok pic nie anda semua teruja & terangsang... hehehehe... okiesss! jom layannnnn~


Arrival Perth International Airport (Terminal 1)
CN sampai lebih kurang pukul 6:50am... mulanya rasa excited jugak tapi mula hambar bila CN & lagi 2 orang kawan CN kena tahan dengan kastam... kena interview bagai masuk bilik hampir sejam setengah... huhuhu... kenapa erk kena tahan?? masing-masing dah risau... hujung-hujung cerita rupanya diaorang ingat CN ni datang sana nak bekerja kat sana... hellooo! i love my job yaaa!! huhuhu :p


Okey lepas mengadu domba denga yang lain kami pon keluar dari situ mula amek mood... hahahaha... ce tengokkkk kegembiraan itu!! hahaha masa ni nak tune balik la mood yg hambar tu kans... :p

Bayswater Car Rental
Next destination adalah ke Bayswater Car Rental... kami memerlukan kereta untuk pergi ke kawasan Cervantes Pinnacles... perjalanan kesana mengambil masa selama 4 jam okey! CN tak dapat merasa bawa kereta dekat obesi kerana kesihatan CN yang kurang baik... masuk kereta jew asyik la ZzzZzzz (hasil telan panadol & polarax) =)

Kedai Pie - Bassendean, Perth
Lepas jew dapat kunci kereta kami cari kedai makan... nak isi perut dulu... CN tersangat la lapar sampai perut masuk angin! sampai terpaksa *proott!!* sebab angin dalam badan dah banyak hampir CN tak boleh nak jalan gitu.. huhuhu... kesian kan?? dah la kena fever lepas tu berangin satu badan... sob sob sob... :(


Lepas isi perut, weolz terus kew Caversham Widlife Park.. cuaca agak baik jugak "cloudy" gituu... cuma dah beberapa jam kemudia gerimis sekejap... sekejap jew laa... nasib tak lebat kalau lebat, tak dapat laaa nak duduk dalam kantung kangaroo... hehehe padahal nak dekat nak belai dia pon takut-takut kans!



Farah seorang pencinta haiwan :)

tengok la tu muka ketakutan... hahaha... 
sedang menyusu


bagi makan kangaroo tapi mulot CN pon ikot bukaaa sebab menjerit ketakutan n kegeliaan rasanya... :p

koala sini agak pemalas... titon jew tau...
nak belai koala nie pon mula2 ketakutan... takut kena sergah! gah!! :p

with Raja Azmi...

comey tak weolz?? (bunyi version kak ton) hahaha :p

kasi togel.... kite tgk blh jadi ape lps nie???


tadaaaa... carpet sudah terbentang... 
comey jew 2 ekor nie menyusu... bontot melentiks...
garanya muka Owl nie

Parrot nie cantiks betul warnanya...



muka ketakutan lagiks... huhuhu...
Elyn with Hot Chocolate nya... ;)
Drinking Hot Chocolate When Its Raining
muka baru bangun tido... keluar kereta nak amek gambar berlatar-belakangkan Wind Farm... serius cakap sejuk giler kat luar nie!
tengok... kaki sampai terkepit-kepit.. huhuhu :p gigil tau!

@ Emu Downs Wind Farm




1st day stay at Cervantes Pinnacles Motel

1st day dinner Tom Yam Mamee Cheff... sedap okey!! hahaha :p periuk sponsar by Farah :p
gudbye room no.36
tak de pon Sea- Lion???
Nice view!
Lupa pulak nak bawak bendera Malaysia... hehehe :p






@ Lancelin, Western Australia









Sand boarding experience at Lancelin
mula-mula takut... lepas tu beronok-ronoknya rasa!! :)

http://www.keek.com/Noona_Maness/keeks/AGMJbab

http://www.keek.com/Noona_Maness/keeks/AGMJbab#Z8RJbab
dinner kebabs ;)
yummlicious! (lupa nama food nie)
2nd & 3rd days... stay at City Stay Apartment... the location is excellent... staff were great and close to city and shopping mall..
malam kat Perth City saje kuar amek angin malam... pusing-pusing jumpa ini kedai... "Chocolateria San Churro"
Spanish Hot Chocolate & Churros

Next morning weolz baguna awal la cz nak pulangkan kereta & berjalan-jalan di Fremantle... kira hari tersebut adalah hari makan besar... sebabnya kerja kami kat sana serang kedai makan jew... btw siapa nak cari ole-ole/souvenir from Aus, kat sini murah... pergi dekat Fremantle Market... kalau dekat Perth City mahel wey!

before hantar kereta weolz singgah Margaret River Chocolate Factory... sedap-sedap chocolate dia...

yeayyy1 let's go to Fremantle...
checking tickets!

dlm Transperth sempat lagi amek pix port Fremantle... almaklumlah... kata kerja logistics kans! ;)
touchdown Fremantle... ;)
waiting Blue CAT... yang bestnya kat sini all CAT routes area zero-fare... (jimat sikit)

budak klu dah lapar memang laju je jalan nak cari restaurant isi perut!




fresh & yummy!

at Kaili's Restaurant, Fremantle

Fremantle Markets... shopping timeeee~

kira kak kira... dah berapa helai tue???

"banyak sangat! tak tahu nak pilih mana satu???"

"ok tak nie???"

untuk papa, mama, akak, abg ipar, alisya... n close fwen!

damage 2nd day shopping boleh tahan laaa!

muka masing2 serius tengok keek... baru nak berjinak2 dgn keek time nie...




dinner at Cicerello's... tourist's favorite

yummylicious! 2 sauce dipping , 1 salt pepper squid , prawn pasta = AUS 45.70
Disebabkan weolz tertingal Fremantle CAT.... weolz pon mula kan langkah berjalan kaki ke Fremantle Station TransPerth... huhuhu nasib baik la tak jauh.. sambil berjalan tu kalau nampak tempat-tempat menarik sempat la jalankan activity macam biasa.. snap picture selagi terdaya.... hehehe.. CAT services diaorang ni sampai pukul 1800hrs jew... kalau terlepas tu faham-faham sendiri laaa...

langkah mula di atur...






heading to Perth... layan video gwiyomi

souvenir
depan City Stay Apartment
at Harbour Town Factory Outlet, Perth



haaa... tu dia... smlm shopping untuk orang... kali nie untuk diri sendiri... *wink* ;)


Arena Perth

Perth Tourist Attraction - The Bell Tower Perth
give your loved one a gift that truly signifies your everlasting love, a Love Lock




kanak-kanak keriangan at Botanic Garden & Kings Park, Perth




Congrats to me , @mynameisf4r4 @adzlinazmi & gad.. Tempoh 9 storey.. 242 step... YEAYYY!




Lunch Nasi Goreng Ayam = AUS 10.50 at Insan' Cafe (Malaysian hawker)
for dinner...

muka-muka kelaparan penat berjalan kaki...
pickup luggage...

jeng jeng jeng.... :p
Bubbye Perth...

ex-rate masa nie 3.23
panjang kan entry nie?? sorry la CN malas nak pecah-pecahkan by days... so enjoy la uolz layan pictures CN nie ya... now CN dah penat... kite sambung lain kali yaa... ;) tata titi tutu... xoxo!




Monday, April 1, 2013

Mengapa Lelaki Dikatakan Tidak Sensitif?

Wanita selalu complaint kenapa lelaki kurang peka or tidak sensitf?? Sifat begini membuatkan wanita tidak pernah berhenti merunggut! Adakalanya boleh sakit hati berulam jantung.. (pfff!)

KENAPA LELAKI DIKATAKAN TIDAK SENSITIF?

Sebenarnya wanita tidak mempunyai deria yang lebih tajam daripada lelaki. Namun ia lebih  kepada deria lelaki yang ditumpulkan. Oleh sebab wanita memiliki daya persepsi yang tinggi, mereka mengharapkan lelaki dapat membaca bahasa badan, kata-kata dan gerak hati mereka. Mereka juga berharap lelaki tahu apa yang mereka mahu seperti yang dapat dilakukan oleh wanita lain.

Perkara sebegini sama sekali tidak mungkin berlaku. Wanita mengandaikan lelaki tahu apa yang mereka mahu ataupun perlukan. Apabila lelaki tidak bertindak seperti yang mereka harapkan, mereka menuduh lelaki tidak sensitif dan tidak tahu apa-apa. Lelaki sering mengeluh "Mereka fikir saya mampu membaca fikiran mereka". Kajian membuktikan lelaki tidak mampu membaca fikiran orang lain dengan baik. Namun berita baiknya adalah kebanyakan daripada mereka dapat dilatih dalam memperbaiki keupayaan mereka membaca isyarat bukan lisan ini.

P/S: Kepada wanita diluar sana, untuk menggelakan kulit muka anda cepat berkedut, lepas ni cakap secara terang, jelas & nyata bagi membolehkan lelaki lebih memahami! If tak paham jugak boleh keluarkan gaya muay thai anda.. hehehe :p

Thursday, March 28, 2013

Naluri Cinta

Di daerah itu langit kelabu
Sejak lama
Suria di situ tiada lagi
Bercahaya

Degup jantung dan denyutan nadi

Di setiap saat
Ada yang terhenti
Melalui
Penderitaan hari ke hari

Disedari betapapun berat mata

Yang memandang
Betapalah jiwa yang sarat menanggung
Penderaan
Hanya kesalan dan kata kata
Sedang tindakan jauh dari nyata
Semakin jelas
Kemunafiqan makhluk bernama manusia

Usahlah kita mengharapkan lagi

Dari mereka kata simpati
Ucapan di bibir lembut meniti
Tiada semestinya pengucapan di hati

Hanyalah kita

Sesama kita
yang memahami erti derita
Sesama kita mari semaikan
Naluri cinta
Kemanusiaan

Hanyalah kita

Sesama kita
yang memahami erti derita
Sesama kita mari semaikan
Naluri cinta
Kemanusiaan
Kemanusiaan

- Rohana Jalil & TO'KI -

Tuesday, March 26, 2013

Pangkor Island Beach Resort


yeaayyy!! HOLIDAY time!!!!

What a weekend! Awesome fun. 
JB - KL - LUMUT - IPOH - PENANG - JB... 
with "WONDERFULL FRIENDS" = PERFECT WEEKEND!!!



@ Jeti Lumut

@ PIBR
@ PIBR : waiting sunset
with van pink color.. Only at Pangkor!

tempat melayan perasaan... hik hik hik :p
with Hornbill
with Peacock
Ali Setan d muvi.. hik hik hik
Wawa memang rare! sempoiiii~
tumpang naik buggy transfer ke pintu masuk PIBR :)
@ Kota Belanda
@ Kota Belanda
arghhh!! celik mata nampak laut! feel fresh dude!
@ Restoran Nasi Vanggey : 3 Layer Tea! asyikkkk
@ Penang Bridge : tercapai jugak hajat nak ke sini.. setelah sekian lamanya...
 
Gud Bye Penang



kalau ada sumur di ladang
boleh kita menumpang mandi,
 kalau ada umur yang panjang, 
boleh kita berjumpa lagi... 
xoxo!                    


Monday, March 4, 2013

Persoalan kenapa Polis bukan Tentera?



Masih ramai yang tanya persoalan ni. Di sini aku nak kongsikan kenapa Polis kena ambil tindakan dulu sebelum Tentera. Harap semua faham.

1) Jika kita guna Tentera dahulu bermakna kita dalam perang dengan Sultan Sulu.

2) Juga bermakna kita mengiktiraf Sultan Sulu secara langsung sebagai Kerajaan yang sah yang mengistiharkan perang kepada kita.

3) Dan jika ini berlaku ianya akan tertakluk kepada Geneva Convention dan beberapa Protocol Antarabangsa.

Jika Polis sebagai pemerintah operasi bermakna -

1) Kita masih anggap mereka itu penjenayah dan penceroboh bukan Combatant Perang.

2) Polis kita akan menangkap dan menahan (perkatannya untuk polis ialah menahan bukan menawan - Menawan ialah perkataan Tentera ada beza di antara keduanya).

3) Untuk mengelakkan mereka menjadi Tawanan Perang. Cukup sekadar sebagai tahanan penjenayah. Maka tuduhan di Mahkamah Awam boleh di lakukan. Seperti tuduhan yang boleh kita buat di atas lanun Somalia yang kita tahan sedikit masa lalu. Mereka tidak di anggap tawanan perang. (Gambar di atas)

4) Boleh di ektradisikan dengan lebih mudah ke Filipina. Kalau tindakan ketenteraan atau kita anggap perang susah nak bicara dan mana nak tempatkan mereka dan diklasifikasikan mereka ini? Maka jadilah macam kisah CIA dan Black Sitenya untuk WAR on TERROR mereka. Kita kena la buat macam Guantonamo Bay juga. Susah macam tu.

Itu sebab kita mengambil langkah Polis dahulu. Jika Tentera ambil alih sudah jadi kes lain.

Jika keadaan tidak boleh di kawal lagi maka LOCAL AREA EMERGENCY (darurat setempat) boleh di isytiharkan.

Dengar cerita darurat telah di istiharkan dan curfew di kuatkuasakan di sana. Ini bermakna Tentera sudah ambil alih di Lahad Datu atau kawasan pencerobohan sahaja (kawasan yang lebih kecil).

Ianya seperti darurat waktu ribut banjir New Orleans dahulu - tentera USA ambil alih bukan lagi polis tempatan).

Dalam keadaan ini bermakna bukan satu negara Malaysia darurat dan bukanlah bermakna perang Kerajaan Malaysia dan Sultan Sulu. Darurat hanya untuk keselamatan sahaja dan LOCAL AREA SAHAJA. Rasanya bukan seluruh Lahad Datu pun.Hanya kawsan pencerobohannya sahaja. Nampak hati-hatinya dan telitinya Kerajaan dalam hal ini.

Ok, rasanya tak salah untuk aku bagitau benda ni sebab niat aku untuk bagi semua orang faham dan tak bising lagi.

Sumber dari ADA

Sunday, March 3, 2013

Lahad Datu dan Sulu

Al Fatihah untuk mereka yang gugur
01/03/2013

Berikut Adalah Senarai Wira Yang Terkorban Dan Tercedera Di Lahad Datu
 

1. Inspektor 17992 Zulkifli B. Mamat (Terkorban)

2. Koperal 113088 Sabarudin B. Daud (Terkorban)


3. Koperal 152133 Mohd Tarmizi B. Hashim (Cedera di tangan dan kaki – kini ditempatkan di Hospital Lahad Datu)


4. Koperal 135383 Azman B. Ampong (Cedera di punggung/peha – kini ditempatkan di Hospital Lahad Datu) – Baru diberitakan sekitar jam 6 petang Kpl Azman telah meninggal dunia.


5. Konstabel 176533 Mohamad Qaiyum’aiqal B. Zolkifli (Cedera di bahu kanan dan kedua-dua kaki – kini ditempatkan di Hospital Sandakan)


02/03/2013 

Berikut Adalah Senarai Pegawai Dan Anggota Polis Yang Terkorban Di Semporna

1. Supt Ibrahim bin Lebar, Caw Khas, Bukit Aman.

2. ASP Micheal Padel, Caw Khas, IPD Semporna
 
3. Sjn/D Baharin bin Hamit, Caw Khas, IPK Sabah
 
4. Sjn Aziz bin Sarikun, BN 14 PGA Tawau
 
5. Kpl/S Salam bin Togiran, IPD Tawau
 
6. L/Kpl Mohd Azrul bin Tukiran, BN 14 PGA Tawau