Monday, April 1, 2013

Mengapa Lelaki Dikatakan Tidak Sensitif?

Wanita selalu complaint kenapa lelaki kurang peka or tidak sensitf?? Sifat begini membuatkan wanita tidak pernah berhenti merunggut! Adakalanya boleh sakit hati berulam jantung.. (pfff!)

KENAPA LELAKI DIKATAKAN TIDAK SENSITIF?

Sebenarnya wanita tidak mempunyai deria yang lebih tajam daripada lelaki. Namun ia lebih  kepada deria lelaki yang ditumpulkan. Oleh sebab wanita memiliki daya persepsi yang tinggi, mereka mengharapkan lelaki dapat membaca bahasa badan, kata-kata dan gerak hati mereka. Mereka juga berharap lelaki tahu apa yang mereka mahu seperti yang dapat dilakukan oleh wanita lain.

Perkara sebegini sama sekali tidak mungkin berlaku. Wanita mengandaikan lelaki tahu apa yang mereka mahu ataupun perlukan. Apabila lelaki tidak bertindak seperti yang mereka harapkan, mereka menuduh lelaki tidak sensitif dan tidak tahu apa-apa. Lelaki sering mengeluh "Mereka fikir saya mampu membaca fikiran mereka". Kajian membuktikan lelaki tidak mampu membaca fikiran orang lain dengan baik. Namun berita baiknya adalah kebanyakan daripada mereka dapat dilatih dalam memperbaiki keupayaan mereka membaca isyarat bukan lisan ini.

P/S: Kepada wanita diluar sana, untuk menggelakan kulit muka anda cepat berkedut, lepas ni cakap secara terang, jelas & nyata bagi membolehkan lelaki lebih memahami! If tak paham jugak boleh keluarkan gaya muay thai anda.. hehehe :p

No comments:

Post a Comment