Saturday, January 28, 2012

Resipi : Daging Dendeng Berlado

Hai uolz! Sehat?? Hari ni nak lunch or dinner ape ye agak-agak?? 
Kalau uolz tak tahu nak masak apa boleh la ikot resepi yang Che Non sertakan dibawah ini.. 
Che Non pernah mencubanya DISINI. Apa uolz tenungkan lagi?? Salin resepi ini & mulakan aktiviti dapur anda dengan segera... Selamat Mencuba!! ^_^




DAGING DENDENG BERLADO
By : Chef Wan
Rujukan : Selera Chef Wan


Daging Dendeng paha sebelah atas 500g
  (1 paun 1½ auns), didadu besar
Kicap pekat manis 4 sudu besar (Che Non ganti dengan Sos Tiram)
Minyak masak untuk menggoreng terendam
Daun limau purut 3 helai, disiat
Garam secukup rasa
Cuka 3 sudu besar

Pes Rempah

Cili merah 8 tangkai, dibuang biji dan dihiris halus
Bawang putih 3 ulas, dikupas dan dihiris halus
Bawang merah 6 ulas, dikupas dan dihiris halus


  • Masukkan daging ke dalam periuk berisi air dan didihkan sehingga daging empuk. Apabila daging telah sejuk, hiriskan nipis dan tumbuk.
  • Perapkan daging dengan kicap pekat manis selama beberapa minit. Sementara itu, masukkan bahan-bahan untuk pes rempah ke dalam mesin pengisar dan kisar sehingga halus.
  • Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng terendam hirisan daging sehingga garing. Tuskan dan ketepikan.
  • Tinggalkan 2 sudu besar minyak di dalam kuali dan goreng bahan-bahan pes rempah sehingga wangi. Masukkan daging dan kacau. Tambah daun limau purut, garam, gula & cuka.
  • Goreng kacau selama beberapa minit lagi. Angkat dan hiaskan. Hidangkan panas bersama nasi.

No comments:

Post a Comment